Neredesin ? Awak dimana?

Ruby Haya arkitek lincah berkeyakinan tinggi yang menyembunyikan kepahitan hidup dalam keceriaan. Niat untuk menyertai pasukan simpanan tentera menemukannya dengan Mejar Syed Hilal Aslan. Tika berkelana di Istanbul, juruterbang pesawat tempur itu dijadikan pengawal peribadi disebabkan gangguan ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Puteri Nor (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Bandar Tun Hussein Onn, Selangor Penerbitan Karyaseni Sdn.Bhd 2016
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ruby Haya arkitek lincah berkeyakinan tinggi yang menyembunyikan kepahitan hidup dalam keceriaan. Niat untuk menyertai pasukan simpanan tentera menemukannya dengan Mejar Syed Hilal Aslan. Tika berkelana di Istanbul, juruterbang pesawat tempur itu dijadikan pengawal peribadi disebabkan gangguan yang dialami. Peradaban tinggi pemuda peranakan Arab dan Turki itu mempesonakan Ruby. Takdir mereka bercantum di Bursa apabila flight leader itu melamar selepas suatu kejadian besar. Si ibu mentua cuba menyingkirkan Ruby apabila sejarah hitam keluarganya dibongkar oleh saudara yang berdengki. Tidak pernah mengecap kasih ibu, didewikannya wanita itu. Namun solusi berisiko tinggi yang diambil memakan diri. Kecewa, Ruby ke ibu kota untuk menjadi hamba kerjaya. Dalam satu kejadian, dia bertemu dengan doktor perubatan merangkap pengusaha business sukan air berjiwa bebas. "Semua beach boy tak senonoh pada pandangan awak?" - SHAH Ayhan yang menyelamatkan Ruby di hutan Chiang Mai pula ada misi peribadi. "Kalau ditanya, say it loud and say it proud. Tuhan yang anugerahkan awak status itu." - AYHAN Baru persahabatan dengan Shah dan Ayhan berkembang, Syed Hilal yang sudah berstatus bapa muncul. "Tak berhubung tak bermakna tak berhubungan. Bercerai fizikal tak bermakna bercerai emosi. Melepaskan pernikahan tak semestinya tak lagi mencintai. Hilang di mata tak bererti hilang di hati." - SYED HILAL Takdir terus membanting Ruby, menekan dan menguji. Saat dia diculik oleh ceti haram, tiga pemuda bergabung untuk menyelamatkannya. Dapatkah Ruby mengecap bahagia atau cintanya berkubur dengan kekasihnya? Lahaulawala quwwataillabillah. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Dan sesungguhnya, jihad terbesar adalah menentang kejahatan sendiri!
Physical Description:iii, 994 pages 19 cm
ISBN:9789674690267