Malaysia kaya, rakyat miskin rencana tenaga, ekonomi dan pendidikan

Malaysia dirahmati dengan hasil mahsul tidak ternilai, dikurniakan juga petroleum sebagai sumber alam paling berharga. Dengan pendapatan per kapita berjumlah USD 9,970 dan PETRONAS berterusan memberi sumbangan besar 40% kepada pendapatan kerajaan, Malaysia mempunyai segala ramuan lengkap yang diperl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anas Alam Faizli (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Petaling Jaya, Selangor Gerakbudaya Enterprise 2014
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia dirahmati dengan hasil mahsul tidak ternilai, dikurniakan juga petroleum sebagai sumber alam paling berharga. Dengan pendapatan per kapita berjumlah USD 9,970 dan PETRONAS berterusan memberi sumbangan besar 40% kepada pendapatan kerajaan, Malaysia mempunyai segala ramuan lengkap yang diperlukan untuk maju. Walaupun demikian, kekal misteri kenapa dan bagaimana sebuah negara kecil dengan hanya 30 juta penduduk berupaya mengejutkan semua dengan memegang gelaran sebagai negara dalam rantau ini dengan jurang terbesar kaya dan miskin. Adakah kita semua warga biasa, menghargai kekayaan yang dimiliki Malaysia dan memahami bagaimanakah kekayaan ini dimanfaatkan? Dalam himpunan karangan ini, penulis cuba membongkar bagaimana sumber minyak dan gas dibangunkan dan sama ada ianya dieksploitasi untuk manfaat umum atau sebaliknya. Dinamik royalti minyak juga dijelaskan, langkah demi langkah, dengan penerangan yang terperinci. Bagaimana eksploitasi sumber yang pantas berkurangan ini memainkan peranan penting dalam realiti kepelbagaian sosio-ekonomi yang kita hadapi - daripada hutang isi rumah kepada ketidaksamaan pendapatan, FDI yang rendah, gaji pekerja yang tidak berganjak dan tahap pendidikan yang lemah dalam semua kedudukan antarabangsa? Perlukah Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPPA)? Benarkah ianya perdagangan bebas atau bertopengkan penjajahan bentuk baru? Apakah itu Mitos Kaya dan Miskin? Adakah Malaysia sebuah Negara Berpendapatan Tinggi dengan Rakyat Berpendapatan Rendah? Bagaimanakah hasil kekayaan negara dapat dikongsi bersama? Bagaimana sistem pendidikan dapat meningkatkan taraf hidup golongan miskin dan memberikan mobiliti sosial? Kegagalan berterusan dalam sistem pendidikan dan semangat kesukarelawan pendidikan dilihat sebagai antara jalan keluar daripada kebobrokan itu.
Physical Description:xxviii, 246 pages illustrations 19 cm
ISBN:9789832344230