Puisi panjang untuk Mahathir

Beberapa hari menjelang pilihan raya umum 1982, sebuah kumpulan teater dan puisi bernama Grup Teater Elit menganjurkan majlis pembacaan puisi yang dinamakan "Malam Puisi Panjang untuk Mahathir". Seluruh negara, orang tengah hangat berkempen. Dr. Mahathir Mohamad yang belum setahun menjadi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dinsman (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Lumpur Alphabill Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) 2018
Edition:Edisi baharu
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Beberapa hari menjelang pilihan raya umum 1982, sebuah kumpulan teater dan puisi bernama Grup Teater Elit menganjurkan majlis pembacaan puisi yang dinamakan "Malam Puisi Panjang untuk Mahathir". Seluruh negara, orang tengah hangat berkempen. Dr. Mahathir Mohamad yang belum setahun menjadi Perdana Menteri itu tentulah sangat sibuk berkempen. Namun, dia menghadirkan dirinya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada malam itu menyaksikan himpunan para penyair, penulis, dan budayawan Malaysia menyatakan penghargaan, sanjungan, dan harapan terhadap pimpinannya melalui puisi. Lalu malam itu menyaksikan buat pertama kalinya seorang Perdana Menteri menjadi terharu dan sebak ketika berucap, dan terpaksa meninggalkan pentas untuk memujuk emosinya yang terharu melihat sanjungan ikhlas para seniman dan budayawan terhadapnya. Malam itulah, 14 April 1982, di hadapan Dr. Mahathir, Dinsman membaca puisi pertama yang ditulisnya untuk Dr. Mahathir berjudul "Puisi Panjang untuk Mahathir". Tidak terlintas dalam fikirannya bahawa puisi itu nanti akan dituruti oleh beberapa buah puisi lagi, yang semuanya ditulis untuk Dr. Mahathir, dan 15 tahun selepas itu menerbitkan sebuah koleksi seperti ini. Dan kini menyambut kehadiran semula Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, buku ini diulang cetak. Selamat membaca!
Physical Description:112 pages illustrations 26 cm
ISBN:9789674607883