Alkisah doktor kolget

Dalam kepala kanak-kanak, ia ada dua wajah. SATU. Seorang lelaki berkot putih. Berkaca mata. Tersenyum madu menampakkan baris gigi yang sihat. Di tangan kirinya ada satu set gigi plastik dan di tangan kanannya ada berus gigi. "Gosok dalam pusingan ya, adik-adik! Mulakan dari sini. Gosok....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nabila Zulkifli (Author)
Other Authors: Amy Roslaily (Illustrator)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Terengganu Kata Pilar Books 2017
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam kepala kanak-kanak, ia ada dua wajah. SATU. Seorang lelaki berkot putih. Berkaca mata. Tersenyum madu menampakkan baris gigi yang sihat. Di tangan kirinya ada satu set gigi plastik dan di tangan kanannya ada berus gigi. "Gosok dalam pusingan ya, adik-adik! Mulakan dari sini. Gosok. Gosok. Gosok." Dan kanak-kanak yang mencangkung di tepi longkang pun memberus gigi dengan gelak tawa dan nakal sambil memegang cawan plastik berisi air. "Brrrrrrr brrrr brrrrr...puuuuiih..." (tersembur air) DUA. Seorang lelaki dengan apron. Topeng menutup muka. Menjeling tajam dengan kening runcing. Tangan kanannya ada jarum. Tangan kiri ada gerudi. "Ok, adik. Duduk diam. Sebut aaaaaaa... lagi aaaaa... lagi aaaaa...!" Eeeeee... Dan kanak-kanak itu pun melompat dari kerusi, berjanji takkan masuk lagi! Walau apapun nostalgia zaman kanak-kanak anda, mereka tetap susuk yang sama. Ada yang memanggilnya Doktor Kolget. Doktor gigi. Atau dentist. Cerita mereka tetap sama. Pengalaman mereka tetap sama. Dah sedia? "Sebut aaaaa... aaa... aaaa... Ei. Berapa hari tak gosok gigi ni?"
Physical Description:162 pages illustrations 20 cm
ISBN:9789672014195