Saga neokonservatif Abdullah Badawi, UMNO dan konservatisme

Reformasi sering kali disifatkan sebagai proses yang boleh memberi kesan kepada kestabilan sistem kerana ia melibatkan usaha untuk mengubah suai sesuatu yang telah menjadi kebiasaan. Lebih lama sistem itu bergerak dan beroperasi dalam kerangka yang serupa, maka proses reformasi menjadi lebih sukar u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Takiyuddin Ismail (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Bangi, Selangor Penerbit UKM 2014
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Reformasi sering kali disifatkan sebagai proses yang boleh memberi kesan kepada kestabilan sistem kerana ia melibatkan usaha untuk mengubah suai sesuatu yang telah menjadi kebiasaan. Lebih lama sistem itu bergerak dan beroperasi dalam kerangka yang serupa, maka proses reformasi menjadi lebih sukar untuk dilaksanakan. Keadaan ini merupakan cabaran besar yang lazimnya dialami oleh pemimpin reformis dalam sesebuah parti dominan. Hal yang sama dialami oleh Abdullah Badawi yang berusaha melakukan pembaharuan dalam parti dominan yang telah berinstitusi dengan ideologi konservatisme dan juga personalisme, UMNO. Kepimpinan Abdullah berpegang kepada premis bahawa tradisi tidak selama-lamanya mengikat dan tidak boleh diubah. Justeru, beliau menukar prinsip-prinsip pengorganisasi yang selama ini disifatkan memberikan keseimbangan, keharmonian dan kebolehramalan kepada sistem sebelum itu. Namun, proses liberalisasi dan pengenduran politik yang cuba dilaksanakan Abdullah tidak berlaku dalam skala yang meluas berikutan tentangan unsur konservatif dan reaksioner. Keadaan ini tidak dibantu dengan melihat pendekatan kepimpinan lunak Abdullah yang bertentangan dengan prinsip kepimpinan Machiavellian yang seharusnya wujud beriringan dalam sesuatu kepimpinan politik. Pengurusan legasi Mahathir, tentangan kumpulan berkepentingan dan penentangan terhadap perubahan yang berlaku dalam sebuah kompleks parti-birokrasi menyebabkan Abdullah terperangkap dalam proses mencari keseimbangan dan akhirnya dilorongkan jalan pengunduran setelah hanya 1,918 hari mentadbir negara. Melihat kepimpinan Abdullah melalui lensa konservatisme membolehkan eranya dapat difahami dengan lebih dekat dengan meneroka interaksi antara faksi-faksi konservatif yang berlainan ataupun politik intraelit dalam sebuah parti seperti UMNO.
Physical Description:285 pages 23 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references and index
ISBN:9789674122676