Demokratik kepimpinan & keselamatan dalam politik Malaysia

Buku ini membincangkan tiga isu yang saling berkaitan demokrasi, kepimpinan dan keselamatan yang dijangka telah dan akan mendominasi wacana tentang politik Malaysia. Demokrasi dan keselamatan pula sering dilihat sebagai pola yang berlawanan. Dari sudut pandangan pemerintah, tuntutan demokrasi yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ghazali Mayudin (Author)
Other Authors: Jamaie Hamil (Editor), Sity Daud 1968- (Editor), Zaini Othman (Editor)
Format: Book
Language:Malay
Published: Bangi, Selangor Penerbit UKM 2014
Series:Siri politik Malaysia
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku ini membincangkan tiga isu yang saling berkaitan demokrasi, kepimpinan dan keselamatan yang dijangka telah dan akan mendominasi wacana tentang politik Malaysia. Demokrasi dan keselamatan pula sering dilihat sebagai pola yang berlawanan. Dari sudut pandangan pemerintah, tuntutan demokrasi yang melampau dianggap menjejaskan keselamatan. Manakala, dari sudut pandangan rakyat, kawalan poltik dan keselamatan yang ketat dilihat sebagai bercanggah dengan amalan demokrasi. Walau bagaimanapun, demokrasi dan keselamatan diperlukan dalam mana-mana sistem politik dengan syarat soal keselamatan dilandaskan kepada usaha menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan menjamin ruang yang mencukupi untuk mereka melaksanakan hak mereka sebagai warganegara dalam sistem demokrasi. Untuk mengharmonikan hubungan demokrasi dan keselamatan ini, kepimpinan perlu mementingkan urus tadbir yang baik dan sensitif kepada kehendak dan aspirasi rakyat supaya kepimpinan itu diterima oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa. Secara keseluruhannya buku ini berpendirian bahawa demokrasi, kepimpinan dan keselamatan adalah perkara pokok yang penting dalam memastikan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang stabil dan kukuh. Kepimpinan Malaysia telah melakarkan satu bentuk pengurusan demokrasi yang berbeza dengan amalan yang terdapat di Barat. Mengambil kira faktor seperti struktur masyarakat Malaysia yang rencam, kedudukan geografi Malaysia, perkembangan antarabangsa khususnya ancaman keselamatan yang wujud dalam pelbagai bentuk, kepimpinan Malaysia cuba mengimbangi di antara keperluan untuk mendemokrasikan Malaysia di samping tidak mengetepikan persoalan kepimpinan dan keselamatan negara bangsa.
Physical Description:241 pages 23 cm
Bibliography:Includes bibliographical references and index
ISBN:9789679427158