Projek seram cincin

Tiada hebatnya sesuatu itu jika tiada kuasa bersamanya! Setelah kematian bapanya, Aryan sering didatangi mimpi pelik seolah-olah roh bapanya tidak tenteram di alam sana. Aryan mengesyaki peti kayu Jawa kuno warisan tinggalan nenek moyang yang disimpan oleh arwah bapanya itu pasti menyimpan suatu rah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aida Adia (Author), Naim Tamdjis (Author), Akma Saidon (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Shah Alam, Selangor Grupbuku Karangkraf 2019
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tiada hebatnya sesuatu itu jika tiada kuasa bersamanya! Setelah kematian bapanya, Aryan sering didatangi mimpi pelik seolah-olah roh bapanya tidak tenteram di alam sana. Aryan mengesyaki peti kayu Jawa kuno warisan tinggalan nenek moyang yang disimpan oleh arwah bapanya itu pasti menyimpan suatu rahsia atau jawapan akan maksud mimpi-mimpinya itu. Namun, setelah berjaya membuka peti lama itu, bukan jawapan yang Aryan perolehi tetapi bala pula menimpa diri serta keluarganya. Sebentuk cincin zamrud di dalam peti lama itu rupanya berpuaka dan patut dimusnahkan oleh arwah bapanya, namun tidak sempat kerana bapanya jatuh sakit dan meninggal dunia dalam keadaan tragis. Hanya yang berdarah asli dapat mewarisi cincin yang membuka dunia terhijab! Salim Bach berasa panik apabila dirinya diekori seorang lelaki tua yang memakai cincin batu delima. Suatu hari, dia cuba untuk melarikan diri daripada dirompak dan diselamatkan oleh lelaki tua yang mempunyai kekuatan luar biasa itu. Misteri lelaki tua itu terbongkar setelah Salim Bach memperkenalkan lelaki itu kepada bapanya, Malek Bach. Rupa-rupanya lelaki tua itu adalah datuknya yang ingin mewariskan cincin yang mampu membuka hijab dunia gelap. Setelah lelaki tua yang dikenali sebagai Tok Aki itu pulang, sesuatu telah berlaku apabila vampira mengganas memburu mangsanya. Akibatnya, makhluk dari dunia gelap memburu Tok Aki dan keluarga Salim Bach. Terselamatkah mereka daripada diburu oleh Warewolf, Frankestein, Casper dan Freddy The Night?
Physical Description:374 pages 19 cm
ISBN:9789674980276