Mastermind

Mangsa yang diculik semua wanita, namun dipilih. Pilihannya pula menjurus kepada kefahaman psikonya sendiri. Mereka diseksa, dibiarkan dan dibunuh kejam. Organ mereka diambil, mayat mereka dicampak dan dibuang. Namun, perilakunya bertujuan. Tindakannya juga mengikut arahan. Haikal seorang bekas angg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nasa Yusof (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Shah Alam, Selangor Buku prima/Grupbuku Karangkraf 2019
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mangsa yang diculik semua wanita, namun dipilih. Pilihannya pula menjurus kepada kefahaman psikonya sendiri. Mereka diseksa, dibiarkan dan dibunuh kejam. Organ mereka diambil, mayat mereka dicampak dan dibuang. Namun, perilakunya bertujuan. Tindakannya juga mengikut arahan. Haikal seorang bekas anggota tentera, sedang cuba mengukuhkan hubungan sengan satu-satunya anak kesayangan. Kisah silam membuatkan hubungan mereka bagaikan jurang. Aina yang berusia 11 tahun sangat sukar untuk dikendalikan, bersikap panas baran dan mudah meradang. Usaha Haikal untuk mendekati anak gadisnya sendiri merupakan satu cabaran. Apabila Aina diculik dalam satu kemalangan, dia adalah gadis pilihan dalam kes pembunuhan gila yang sedang berlaku. Pencarian Aina membongkar setiap persoalan. Semakin banyak jawapan, semakin Haikal tidak dapat menerima kenyataan. Penglibatan dirinya sudah dirancang, dia adalah sasaran! Penculikan Aina merupakan sebuah permainan! Kebetulan atau dendam? Takdir atau kesilapan? Demi menjaga kepentingan seseorang, membunuh jadi pilihan. Demi menutup sebuah kebenaran, ada yang menyusun setiap perancangan.
Item Description:Dangkal pada akal, buru ikut nafsu.
Physical Description:420 pages 19 cm
ISBN:9789674980467