Hanya ingin kamu
TIGA tahun terpisah dan kemudian bertemu semula, Nurul Aileen tidak mampu menyorokkan perasaannya terhadap Adam Haidar. Kerana sememangnya, hatinya hanya menginginkan Adam. Hanya dia! Tetapi... "Ada apa dengan kita?" - Adam Haidar Layanan dingin Adam jauh berbeza dengan setiap gerak-geri...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Book |
| Language: | Malay |
| Published: |
Kuala Lumpur
Suara Hati Publication
2020
|
| Subjects: | |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | TIGA tahun terpisah dan kemudian bertemu semula, Nurul Aileen tidak mampu menyorokkan perasaannya terhadap Adam Haidar. Kerana sememangnya, hatinya hanya menginginkan Adam. Hanya dia! Tetapi... "Ada apa dengan kita?" - Adam Haidar Layanan dingin Adam jauh berbeza dengan setiap gerak-gerinya. Aileen yakin Adam turut berkongsi perasaan yang sama dengannya. Namun sayang, tidak semudah itu. Di antara Aileen dan Adam, ada satu tali penghubung bernama Auliya. Kerana Auliya, mereka bersatu tetapi kerana Auliya juga, mereka pernah berpisah. Bagaimana pula dengan sekarang? Adakah Auliya akan tetap menjadi garis yang memisahkan? "Sampai bila aku kena cemburukan orang yang dah meninggal dunia?" - Nurul Aileen Aileen menyimpan rahsia, Adam terbelenggu dengan rasa berdosa dan sebuah janji. Tidak cukup dengan itu, Aileen perlu hadap kebencian ibu bapanya terhadap Adam. Dosa silam seseorang mampu menggugah hubungan Aileen dan Adam. Kewujudan Zayyan turut menyukarkan lagi keadaan. "Kadang-kadang melepaskan jauh lebih baik daripada bertahan. Lepaskan Adam, Leen. Lupakan dia," - Zayyan Benarkah kesakitan Aileen bisa hilang selepas dia melepaskan Adam? Adakah sememangnya dia dan Adam tidak ditakdirkan bersama? |
|---|---|
| Physical Description: | iii, 563 pages 19 cm |
| ISBN: | 9789672300250 |


