Anwar PM10 airmata dan sumpah : "Duri dan ranjau sebuah perjalanan"

Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah pada 24hb November 2022. Tarikh keramat ini bakal dikenang oleh semua rakyat Malaysia yang menyimpan harapan agar susuk tubuh insan bernama Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Buku ini adalah sebuah catatan yang mewakili segenap duri dan ran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Sayuti Omar (Author)
Other Authors: Ronifira Rejab (Editor)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Lumpur Jagat Media PLT 2023
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah pada 24hb November 2022. Tarikh keramat ini bakal dikenang oleh semua rakyat Malaysia yang menyimpan harapan agar susuk tubuh insan bernama Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Buku ini adalah sebuah catatan yang mewakili segenap duri dan ranjau yang telah ditempuhi oleh Anwar Ibrahim dalam perjuangannya untuk mengubah dan mereformasikan Malaysia ke arah sebuah negara yang menjulang tata urus yang bersih daripaada rasuah dan memberikan keadilan kepada semua rakyat yang bernanung di bawah satu negara Malaysia. Buku ini adalah kumpulan daripada 10 judul buku yang dikeluarkan oleh saya, yang di dalam buku-buku tersebut adalah naratif kepada perjuangan dan perjalanan Anwar Ibrahim untuk berjuang melawan setiap onak dan duri sehingga berjaya melangkah ke Istana Negara, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Dalam buku ini juga dikumpulkan catatan-catatan saya dan beberapa tulisan berkenaan rentetan peristiwa-peristiwa yang dilalui Anwar yang telah disiarkan di dalam Akhbar Siasah melalui Kolum 'Arus Bawah' dan juga lain-lain segmen yang berkaitan. Pelbagai pandangan, kritikan, nasihat dan komentar saya berkenaan politik tanah air terutamanya yang berkisar tentang turun naik Anwar Ibrahim dalam meniti liku-liku perjuangannya. Pembaca akan dibawa kembali menyorot tahun-tahun hampir 32 tahun yang lampau di mana Anwar bergerak di dalam ABIM dan menubuhkan Gerakan Reformasi pada tahun 1998 yang menjadi tunjang kepada tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seterusnya memimpin gabungan Pakatan Harapan.
Physical Description:xix, 380 pages illustrations 21 cm
ISBN:9786299774600 (pbk)