My next husband?

Dia Noah Safwan, jodoh yang diatur untuk Rindu Sofrina. Kedua-duanya tidak pernah bertemu, tidak pernah mengenali, dan tidak punya rasa cinta di antara satu sama lain. Namun satu kemalangan yang menjadi punca gadis itu kematian ibu bapanya, menjadi asbab untuk Noah Safwan mengambil Rindu Sofrina seb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aulia Iman (Author)
Format: Book
Language:Malay
Published: Selangor Karya Publika 2019
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dia Noah Safwan, jodoh yang diatur untuk Rindu Sofrina. Kedua-duanya tidak pernah bertemu, tidak pernah mengenali, dan tidak punya rasa cinta di antara satu sama lain. Namun satu kemalangan yang menjadi punca gadis itu kematian ibu bapanya, menjadi asbab untuk Noah Safwan mengambil Rindu Sofrina sebagai isterinya yang sah. Ternyata menjalani kehidupan alam rumah tangga tanpa sekelumit rasa cinta bukanlah sesuatu yang mudah. Perselisihan sering kali terjadi, persengketaan tidak pernah sunyi menerpa kehidupan keduanya hingga memaksa Noah Safwan keluar dari perkahwinan yang tidak diinginkan. Lima tahun berlalu, keduanya bertemu semula di sebuah firma penilaian hartanah. Seorang ketua yang terkenal dengan personanya yang tersendiri, dan seorang lagi pelajar praktikal yang anggun bergaya. Hubungan mereka biasa-biasa sahaja, tidak lebih dari hubungan antara seorang ketua dengan pekerja. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. Namun, kebaikan serta sikap romantik yang ditonjolkan oleh seorang pemuda yang sering berdampingan dengan Rindu Sofrina, menjadi punca Noah Safwan tidak senang hati lantas bersuara ingin tahu. Di saat hati Rindu Sofrina kembang dengan cinta baharu, ada ketakutan yang sentiasa membayangi kehidupannya. Namun kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila rahsia yang disimpan kemas telah tersebar sebelum dirinya benar-benar bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan itu. Dirinya dihina dan dikeji tanpa henti. Di saat tiada yang membela, Noah Safwan muncul menjadi hero lantas membawa gadis itu pergi jauh dari segala caci maki mulut manusia yang tidak berhati perut. Tetapi, yang menjadi persoalannya, siapakah yang membocorkan rahsia itu? Sofrina buntu. Benarkah Naqib meninggalkan dirinya kerana status janda yang disandang? Atau ada sebab lain yang dia sendiri tidak tahu? Siapa pula yang tergamak membocorkan rahsia sulit itu hingga menjadi punca Rindu Sofrina dimalukan di hadapan keluarga Naqib? Adakah kerja licik lelaki bernama Noah Safwan? Atau, ini satu konspirasi yang diatur keluarga? Atau ia hanya sekadar asbab yang bakal menyatukan dua jiwa kepada perkahwinan kedua? Segalanya akan terungkai dalam MY NEXT HUSBAND?
Physical Description:iii, 406 pages 19 cm
ISBN:9789671724415 (pbk)