Modul falsafah dan isu semasa
Buku ini diterbitkan bertujuan untuk menyediakan generasi baharu supaya berfikir secara kritikal dan rasional bagi menghadapi pelbagai cabaran falsafah, ideologi dan isu-isu semasa. Falsafah ialah cara pemikiran semula jadi tentang persoalan kehidupan kita yang dapat mengembangkan kebolehan, kepanda...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Book |
| Language: | Malay |
| Published: |
Durian Tunggal, Melaka
Penerbit UTeM
2022
|
| Subjects: | |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Buku ini diterbitkan bertujuan untuk menyediakan generasi baharu supaya berfikir secara kritikal dan rasional bagi menghadapi pelbagai cabaran falsafah, ideologi dan isu-isu semasa. Falsafah ialah cara pemikiran semula jadi tentang persoalan kehidupan kita yang dapat mengembangkan kebolehan, kepandaian, kemahiran, kepintaran dan kebolehan melihat sifat sebenarnya manusia. Sebab itulah falsafah hari ini masih merupakan subjek pengajian yang terus hidup, relevan dan berfungsi. Sekalipun falsafah telah diberikan status ilmu yang tersendiri, namun falsafah tetap berpaksikan dimensi jasmani, emosi, rohani dan intelektual kepada pelbagai disiplin ilmu moden. Ramai orang yang beranggapan bahawa falsafah ialah pengetahuan yang berat dan meletihkan. Hakikatnya ilmu falsafah ialah ilmu berfikir. Dengan falsafah, kita juga dapat menganalisa, mencari kebenaran dan seterusnya merancang penyelesaian. Kerana di akhirnya, kita mahu memastikan siswazah keluaran universiti negara kita tinggi pemikirannya, mulia peribadinya dan sentiasa dapat menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat. Modul ini membincangkan mengenai kepentingan wacana falsafah dalam kehidupan dengan berasaskan epistemologi, metafizik, logik dan metodologi ilmu, psikologi dan sosiologi yang berkait dengan Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan masyakarat yang sejahtera. Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan bagi pelajar pengajian tinggi dan dapat membimbing mereka untuk memahami kursus Falsafah dan Isu Semasa dengan lebih baik serta mencapai objektifnya. |
|---|---|
| Physical Description: | ix, 210 pages illustrations 24 cm |
| Bibliography: | Includes bibliographical references |
| ISBN: | 9789672454687 (pbk) |


