MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA DAN ALAM MELAYU Perubahan dan Kesinambungan

Buku Masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu merupakan satu koleksi artikel dengan pelbagai tema yang dihasilkan melalui kajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang membincangkan tentang proses perubahan yang berlaku dan kesinambungannya dalam masyarakat tersebut dari pertengahan abad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Other Authors: Mohammad Redzuan Othman (Editor), Abu Hanifah Haris (Editor), Norazlan Hadi Yaacob (Editor)
Format: Book
Language:Malay
Published: Kuala Lumpur Penerbit Universiti Malaya 2022
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku Masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu merupakan satu koleksi artikel dengan pelbagai tema yang dihasilkan melalui kajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang membincangkan tentang proses perubahan yang berlaku dan kesinambungannya dalam masyarakat tersebut dari pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-21. Selain membincangkan pelbagai tema yang berkaitan dengan perkembangan sejarah yang mempunyai kaitan dengan perkembangan masyarakat Islam di Malaysia, perbincangan juga diperluaskan kepada beberapa tema sejarah yang berkaitan dengan masyarakat Islam di Patani (Selatan Thai) dan Hindia Timur Belanda (Indonesia). Perubahan yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu, merangkumi perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan, agama, sosial dan politik dipengaruhi oleh unsur-unsur yang datang dari luar dan dinamik yang berlaku di dalam masyarakat tersebut. Penjajah British di Tanah Melayu dan penjajah Belanda di Indonesia memainkan peranan penting dalam mencorakkan perjalanan sejarah masyarakat tersebut di rantau ini dan turut berperanan menimbulkan tindak balas bagi membolehkan Islam dan masyarakatnya terus relevan dalam menghadapi rempuhan pengaruh dari Barat. Proses perubahan dan kesinambungan yang berlaku juga turut melibatkan idea pembangunan dan tema ini dibincangkan dalam beberapa artikel bagi melengkapkan perbincangan berkaitan dengan masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu.
Physical Description:xxi, 454 pages 23 cm
Bibliography:Includes bibliographical references and index
ISBN:9789674882129 (pbk)